Friday, July 2, 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan BBM 3410 bagi tahun 2021.


 1.  BIODATA DIRI

2.  CERITA SOSIAL 1

3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA

4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

5.  ASAS GRAFIK MUDAH

6.  ASAS GRAFIK WARNA

7.  ASAS GRAFIK TEKS

8.  ASAS GRAFIK KESESUAIAN

9.  ASAS GRAFIK KESEIMBANGAN

10.  MUGSHOT

11.  CLOSE UP

12.  CERITA SOSIAL 2

13.  TEORI STUBBS

14.  CELIK BAHASA ISYARAT

15.  BAHAN ASAS GRAFIK

16.  LONGSHOT

17.  MEDIUMSHOT

18.  POTRAIT

19.  PEMANDANGAN

20.  KABUR

21.  SILUET

22.  OVER THE SHOULDER

23.  PENDUA

24.  BIRD’S EYE VIEW

25.  PETA MINDA ASAS FOTOGRAFI

26.  ANALISIS CERITA SOSIAL

27.  DILEMA PENGEMBARA

28.  ASAS FOTOGRAFI

29.  NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK,1977)

30.  NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

31.  NOTA FLATLAY

32.  INSTAGRAM

33.  TWITTER

34.  SIMPULAN BAHASA

35.  VIDEO SETEMPAT

36.  VLOG HARI RAYA

37.  STRATEGI KOMUNIKASI

38.  ONE SHOT

39.  BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

40.  PANTUN 4 KERAT

41.  KESILAPAN

42.  KEMANUSIAAN

43.  PERUBAHAN

44.  KESEDARAN

45.  TEKA-TEKI

46.  VIDEO FOKUS

47.  VIDEO SERAM

48.  VIDEO TRAGEDI

49.  DRAMA KOREA:REALITI ATAU FANTASI

50.  ALAM SEKITAR

51.  KISAH SEDIH

52.  KEINDAHAN

53.  SUASANA

54.  MISTERI KOPI

55.  RESENSI BUKU 

56.  TEMU BUAL

57.  SEPI


Saya Nur Shah Hazuani Bt Dazak, bernombor matrik (203967) mengaku bahawa saya telah menyiapkan semua tugasan bagi subjek BBM 3410 (Multimedia dalam Bahasa). Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Dr Normaliza Bt Abd Rahim kerana telah membimbing dan mencurahkan segala ilmu berkaitan subjek ini.

BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU

 Hai semua.

Pejam celik, pejam celik ini merupakan post terakhir aku untuk subjek Multimedia dalam Bahasa. Rasa sedih pun ada sebab cepat sangat masa berlalu. Tapi apa boleh buat, masa itu tidak dapat diundur. Ecehwahh!

Okay bagi tugasan yang terakhir ini, kami dikehendaki membuat satu resensi tentang buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Apa itu Resensi buku?

Resensi buku adalah ulasan atau rumusan tentang sesebuah buku. Di dalam resensi buku ini, biasanya pembaca akan memeberitahu tahu tentang maklumat buku seperti nama penulis, penerbit, tahun terbit dan sebagainya. Di dalam resensi ini juga akan diceritakan mengenai ulasan bagi setiap bab yang terdapat dalam buku ini dan ulasan keseluruhan buku.

Jadi, aku taknaklah explain panjang-panjang dekat sini. Korang kene tengok video yang aku buat ni okay? barulah faham gitu 😁


Berikut merupakan link youtube video:

https://youtu.be/OhnRxO-gR4s



BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

 Hai semua!! 

Jadi kalini kami semua diberikan tugasan untuk membuat satu temu bual bersama tetamu jemputan masing-masing. Macam-macam topik menarik yang dibincangkan tau.

Aku memilih tajuk "Bercucuk tanam semasa PKP". Ha korang nak tahu tak siapa tetamu undangan aku? Meh aku cerita. Mula-mula tu aku ingat aku nak temu bual kembar aku tau. Aku macam dah sediakan soalan dah nak tanya pasal Video game. Lepastu tiba-tiba kembar aku kene sambung dia punya intern pulak. Jadi dia kene balik rumah sewa dia lah. Aku jadi takde idea dah nak temu bual siapa. Satu hari tu, aku cuba lah tanya ayah aku, boleh tak kalau aku nak temu bual dia? Lepastu ayah aku cakap boleh je. Masatu rasa nak melompat pun ada 😂

Okay settle untuk pilih orang untuk ditemu bual tu, aku pun fikir tajuk apa yang sesuai untuk aku temu bual ayah aku ni. Dan keluarlah satu idea nak tanya ayah aku, apa aktiviti yang dia suka buat sepanjang tempoh PKP ni. Nak tahu tak macam mana tercetusnya idea untuk tanya pasal tu? Sebab aku perhatikan ayah aku ni kerap sangat pegi kebun dia untuk bercucuk tanam. Boleh dikatakan banyak masa dia habis kat kebun je lah. Jadi aku pun buat keputusan untuk tanya pasal aktiviti berkebun ayah aku semasa PKP dijalankan.

okay lah, panjang sangat pulak membebel. Jom tengok video aku. Selamat Menonton ✌

Berikut merupakan link youtube aku:

https://youtu.be/RE3HvWntOBs


Thursday, July 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)

 Hai korang! Okay minggu ni aku kene post pasal sepi. Sepi ni dah jadi sinonim pulak kan dengan kita musim covid ni. Tapi sebenarnya, sepi ni ada kebaikannya juga. Contohnya, sepi ni boleh bagi kita ketenangan sambil bagi peluang kat kita untuk muhasabah diri 🌸



Ha ini post aku pasal sepi. Salah satu cara nak elakkan diri daripada sepi adalah dengan tidak bersendirian 🦧


Ini pula macam biasa, post rakan-rakan sekelas aku 🌈










Sunday, June 27, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI

 Hai semua!! 

Okay minggu ni ada cerita menarik tauu! Aku tengok live Dr Siti Nur Alia Roslan bersama pihak DBP. Topiknya agak menarik tau sebab berkaitan dengan kopi. Yang paling best tu, siap ad tutorial video buat kopi. Mesin kopi yang Dr pakai, fuhhh canggih geng! Ha dalam live ni, Dr Alia ad kongsi pasal kebaikan kopi ni, macam bau yang menyegarkan. Selain tu jugak, Dr ada cakap yang minum kopi hari-hari ni takde masalah pun. Cuma kita kene hadkan berapa cawan untuk minum dalam sehari tu 😁 So kira terlerailah persoalan aku selama ni. Sebab aku ingat minum kopi setiap hari ni boleh menyebabkan kemudaratan. Lepas dengar live Dr Alia ni, aku jadi macam excited nak cuba pelbagai jenis kopi lepas ni. 










BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

 Hai semua!! Okay minggu ni kami diminta untuk post satu gambar dan kapsyen yang berkaitan dengan suasana 🌸 Macam-macam suasana ada tau. Bukan setakat gambar hutan,laut dan gunung je tau! Itu cliche 🤣



Ini post yang aku buat berkaitan suasana, suasana kerja raya gituuu ✨

Macam biasa, ini pulak post yang kawan-kawan sekelas aku buat. Macam-macam ragam ya diorang ni 🍃









Saturday, June 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 12-KEINDAHAN (INSTAGRAM)

 Hai semua, minggu ni kami kene post mengenai gambar dan kapsyen yang berkaitan dengan keindahan. Ha keindahan tu bukan terbatas dekat suasana je tau, tapi luas ❤️

Jadi inilah hasilnya, silakan tengok. Semoga bermanfaat ya ✨



-Ini adalah post yang aku buat-

Ha macam biasa, aku memang akan letak beberapa post rakan-rakan sekelas aku untuk korang tengok 😊











SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan BBM 3410 bagi tahun 2021.  1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA EL...