Hai semua!!
Jadi kalini kami semua diberikan tugasan untuk membuat satu temu bual bersama tetamu jemputan masing-masing. Macam-macam topik menarik yang dibincangkan tau.
Aku memilih tajuk "Bercucuk tanam semasa PKP". Ha korang nak tahu tak siapa tetamu undangan aku? Meh aku cerita. Mula-mula tu aku ingat aku nak temu bual kembar aku tau. Aku macam dah sediakan soalan dah nak tanya pasal Video game. Lepastu tiba-tiba kembar aku kene sambung dia punya intern pulak. Jadi dia kene balik rumah sewa dia lah. Aku jadi takde idea dah nak temu bual siapa. Satu hari tu, aku cuba lah tanya ayah aku, boleh tak kalau aku nak temu bual dia? Lepastu ayah aku cakap boleh je. Masatu rasa nak melompat pun ada 😂
Okay settle untuk pilih orang untuk ditemu bual tu, aku pun fikir tajuk apa yang sesuai untuk aku temu bual ayah aku ni. Dan keluarlah satu idea nak tanya ayah aku, apa aktiviti yang dia suka buat sepanjang tempoh PKP ni. Nak tahu tak macam mana tercetusnya idea untuk tanya pasal tu? Sebab aku perhatikan ayah aku ni kerap sangat pegi kebun dia untuk bercucuk tanam. Boleh dikatakan banyak masa dia habis kat kebun je lah. Jadi aku pun buat keputusan untuk tanya pasal aktiviti berkebun ayah aku semasa PKP dijalankan.
okay lah, panjang sangat pulak membebel. Jom tengok video aku. Selamat Menonton ✌
Berikut merupakan link youtube aku:
https://youtu.be/RE3HvWntOBs
No comments:
Post a Comment