Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN-NISKALA

 Elemen Asas Grafik: Keseimbangan

Ketua Elemen: Nurul Izzati Bt Tu Azman (201812)

Penolong Ketua Elemen: Fatin Fathihah Bt Musa (203008)


BBM 3410-ASAS GRAFIK- KESEIMBANGAN

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Elegan

Rujukan: https://i.pinimg.com/originals/77/48/d5/7748d5bb549719441cb2ec2c0b74963b.jpg 

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen keseimbangan. Elemen ini dapat dilihat pada grafik dan juga teks yang terdapat pada gambar tersebut. Di ruang tengah, terdapat gambar telefon bimbit yang seimbang dengan ruang atas dan bawah serta ruang kiri dan kanan. Di ruang atas, terdapat tulisan di kiri dan kanan yang seimbang dengan ruang di bawah yang mempunyai grafik gunung.  Penggunaan teks dan grafik yang berada ditengah-tengah grafik juga memberikan efek keseimbangan di dalam gambar tersebut.

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kebahagiaan

Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=APgCKRkbqN8

Huraian: Iklan yang dipamerkan ini mempunyai keseimbangan ruang antara kiri dan kanan foto berdasarkan teks yang ditulis. Hal ini dapat dilihat pada bahagian kiri ditulis penjelasan bagaimana air Starbucks dapat mengeratkan hubungan. Manakala, di bahagian kanan foto tersebut ditulis jenama air dengan warna yang gelap serta digabungkan dengan warna yang lembut menjadikan bahagian ini seimbang dengan ruang kiri. Ruang atas dan bawah juga seimbang dengan mempunyai jarak yang sama. Dengan keseimbangan yang diterapkan dalam iklan ini menjadikan ianya dapat disampaikan dengan baik kepada pembaca.

 

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kasut sukan

Rujukan:https://my.lovepik.com/image-450004203/shoes-sale-social-media-post.html 

Huraian: Gambar ini menunjukkan keseimbangan dari segi ruang atas dan bawah. Dalam gambar ini, ruang di tengah terdapat kasut yang mengimbangi antara ruang atas dan bawah serta ruang kiri dan kanan. Di ruang atas, pada penjuru kiri gambar terdapat logo dan teks di bawah logo. Di ruang bawah pada penjuru kanan pula terdapat teks. Maka, teks di ruang atas sebelah kiri seimbang dengan teks yang berada di ruang bawah sebelah kanan.  Pada ruang tengah pula, didapati terdapat dua teks yang ditulis di atas sebelah kanan dan di bawah sebelah kiri gambar. Maka, teks yang terdapat di ruang tengah itu seimbang dengan imej kasut yang berada pada gambar tersebut.

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Sukan

Rujukan: https://pin.it/3csZeDH

Huraian: Elemen keseimbangan dalam grafik di atas ditonjolkan melalui pembahagian warna, teks dan imej dibahagian kiri dan kanan pada gambar tersebut. Penggunaan ton warna biru yang membahagikan dua bahagian grafik dapat menimbulkan keseimbangan. Tambahan pula, bahagian kiri grafik yang berwarna biru gelap sudah membawa penglihatan yang berat di ruang sebelah kiri, namun ditambah teks ringkas berwarna putih dapat memberikan keseimbangan antara kiri dan kanan. Begitu juga dengan grafik sebelah kanan yang menggunakan warna biru terang untuk menampakkan penglihatan yang ringan, namun ditambah dengan imej pemain squash yang besar dapat menunjukkan keseimbangan di ruang sebelah kanan.

 

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Rujukan: https://www.kancilawards.com/winners/entry/2019/5681?hcb=1

Huraian: Elemen yang paling menonjol di dalam foto tersebut ialah elemen keseimbangan. Ruang tengah di dalam foto tersebut ialah gambar nugget membentuk piramid. Dengan adanya grafik tersebut ditengah-tengah foto telah mewujudkan keseimbangan antara ruang atas dan bawah foto tersebut. Manakala di ruang atas foto pula terdapat tulisan “piramid ada di Malaysia” dan di ruang bawah sebelah kiri pula terdapat logo jenama produk tersebut. Selain itu, di sebelah bawah kanan foto tersebut pula terdapat logo halal JAKIM Malaysia. Maka, foto grafik tersebut akan kelihatan seimbang kedudukannya antara ruang.

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Rujukan: http://punapibali.com/info-wisata/resto-dengan-pemandangan-alam-sawah-terbaik-di-bali/

Huraian: Keseimbangan dalam grafik tersebut merujuk kepada ruang yang terdapat dalam foto tersebut. Gambar tersebut menunjukkan gambar sawah padi, pokok, gunung-ganang serta matahari. Matahari, pokok dan gunung-ganang berada di ruang kiri seimbang dengan langit dan sawah yang kelihatan terbentang luas di ruang kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di ruang bawah terdapat sawah padi berwarna hijau yang terbentang luas. Maka, gambar awan akan menjadi seimbang dengan adanya sawah padi di dalam foto tersebut.

 

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftopgambariklan.blogspot.com%2F2020%2F01%2F50-gambar-iklan-billboard-terbaik.html&psig=AOvVaw0i99tyqN5TkfCaie9AYTiE&ust=1617430695330000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPjHiq313u8CFQAAAAAdAAAAABAD 

Huraian: Kesemua ruang dalam foto adalah seimbang. Grafik aiskrim berada di tengah-tengah ruang foto memberikan keseimbangan kepada ruang kiri dan kanan gambar. Manakala, teks yang menghiasi ruang kiri seimbang dengan teks di ruang kanan. Penggunaan ton warna coklat gelap dan warna putih yang membahagikan kedua grafik juga memberikan keseimbangan. Tambahan pula, ruang kiri gambar menggunakan tulisan dan grafik aiskrim yang berwarna putih seimbang dengan ruang kanan yang menggunakan tulisan dan grafik aiskrim yang berwarna coklat gelap.

 

 

 

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kasut Sukan

Rujukan: https://images.app.goo.gl/PwPviQB5xSe9XvkA9

Huraian: Elemen keseimbangan dapat dilihat pada grafik yang diletakkan ditengah-tengah foto tersebut. Ruang di atas dan bawah serta ruang di kiri dan kanan seimbang dengan kedudukan grafik. Ruang atas diletakkan tulisan promosi jualan kasut dengan perkataan “Big sale offer” seimbang dengan ruang bawah yang diletakkan imej tiga bulatan. Tambahan pula, penggunaan warna di bahagian tertentu memberi keseimbangan untuk keseluruhan gambar.

 

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Pengiklanan

Rujukan: https://www.circleone.in/personalized-banners/

Huraian: Gambar di atas menunjukkan adanya elemen keseimbangan antara tulisan dan imej. Ruang sebelah kiri gambar dipenuhi dengan tulisan yang seimbang dengan imej buku, sebekas pensel dan juga jam yang berada di sebelah kanan gambar. Maka, kedua-dua ruang iaitu kiri dan kanan menunjukkan keseimbangan. Penggunaan warna, saiz dan jenis font pada ruang kiri juga dapat mengimbangi ruang itu dengan ruang di sebelah kiri gambar.

 


 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kaca Mata Berjenama

Rujukan:https://www.dailybillboardblog.com/2013/04/prada-spring-2013-eyewear-and.html?m=1 

Huraian: Elemen keseimbangan dapat dilihat apabila terdapat dua imej yang sama besar diletakkan di ruang kiri dan kanan papan tanda tersebut. Di ruang tengah diletakkan jenama kaca mata tersebut dengan perkataan “eyewear” di bawahnya. Selain itu, warna putih yang digunakan di antara kedua imej tersebut dijadikan sebagai pemisah untuk menampakkan lagi keseimbangan yang ada pada papan tanda tersebut.

 

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Semangat

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen keseimbangan ruang. Kedudukan grafik yang berada ditengah-tengah gambar seimbang dengan ruang di atas dan bawah serta ruang di kiri dan kanan. Kedudukan teks yang diletakkan pula seimbang di kiri dan kanan ruang gambar. Ianya membuatkan grafik tersebut menjadi seimbang.

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kehidupan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Elemen keseimbangan yang dapat diterangkan dalam gambar di atas ialah ruang di antara kiri dan kanan adalah seimbang. Objek imej juga berada di bahagian tengah gambar menjadikan imej tersebut seimbang. Ruang di antara atas dan bawah juga seimbang walaupun terdapat teks pada bahagian atas. Namun ia dapat menyampaikan mesej dalam gambar dengan baik. Tambahan pula, ruang atas terdapat langit berwarna biru dan awan putih seimbang dengan ruang bawah yang terdapat pasir dan laut.

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam Sekitar

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar ini menunjukkan keseimbangan pada ruang di kiri dan kanan. Ruang di sebelah kiri gambar terdapat enam batang pokok besar yang seimbang dengan sebuah astaka seni dan empat batang pokok besar di sebelah kanan gambar. Maka, enam batang pokok besar seimbang dengan sebuah astaka seni dan empat batang pokok. Terdapat jalan di ruang tengah gambar yang mengimbangi ruang sebelah kiri dan kanan gambar tersebut. Tambahan pula, warna bagi kedua-dua ruang ini ialah berwarna hijau menjadikan gambar itu lebih seimbang.

 

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam Sekitar

Rujukan: Sendiri

Huraian: Bahagian kiri dan kanan grafik ini adalah seimbang dari segi pengisian ruang dan warna yang sama. Pada bahagian tengah pula, ruang putih dapat dianggap sebagai pemisah ruang antara kiri dan kanan yang menampakkan keseimbangan grafik tersebut. Tambahan pula, pada bahagian atas grafik yang menunjukkan imej langit tidak seimbang dengan bahagian bawah yang menunjukkan imej jalan berbatu, namun ianya diseimbangkan dari aspek warna putih dan biru terang. Keseluruhannya, grafik boleh dikatakan seimbang dari segi ruang dan warna yang menimbulkan perasaan ketenangan dan kedamaian.



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kehidupan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Elemen yang paling menonjol di dalam foto tersebut ialah keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan kanan gambar terdapat pokok besar. Di ruang atas foto tersebut terdapat matahari, awan dan gunung. Manakala di tengah-tengah foto tersebut terdapat gambar seseorang kanak-kanak sedang berdiri menghadap laut dan di sebelah bawah kiri dan kanan foto terdapat tulisan “realiti kehidupan”. Maka ruang di atas dan di bawah foto akan kelihatan seimbang kerana grafik tersebut berada di tengah-tengah antara ruang kanan dan kiri gambar tersebut.





 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Aktiviti Riadah

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar ini kelihatan seimbang kerana ruang diantara bahagian kiri, kanan, atas dan bawah adalah seimbang di antara satu sama lain. Pencahayaan juga membawa keseimbangan dari aspek gelap dan cerahnya sesuatu bahagian yang terdapat dalam foto di atas. Hal ini dikatakan seimbang dimana objek iaitu orang dan kuda berada pada kedudukan selari dengan kandang di tepinya.

 



Elemen: Keseimbangan

Tema: Ketenangan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Foto di atas menunjukkan seorang gadis yang berada di tengah-tengah ruang. Kedudukan seorang gadis di ruang tengah seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Ruang di atas dan bawah juga mempunyai keseimbangan kerana penggunaan ton warna yang berlainan. Ruang atas berwarna putih dan mempunyai tulisan berwarna hitam seimbang dengan ruang bawah yang bewarna coklat dan kelabu. Jelaslah bahawa foto ini mempunyai keseimbangan yang sama rata kerana subjek (gadis tersebut) berada di tengah-tengah ruang antara langit dan lautan.

 

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas memperlihatkan unsur keseimbangan kerana objek (orang) berada di tengah-tengah ruang foto. Font tulisan yang digunakan juga seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Ruang atas terdapat langit yang berwarna biru gelap dan matahari manakala ruang bawah pula terdapat pasir berwarna coklat. Maka, langit dan matahari seimbang dengan pasir berwarna coklat di dalam gambar tersebut.

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar ini menunjukkan berlakunya keseimbangan antara ruang. Keseimbangan dapat dilihat apabila ruang kiri dan kanan gambar dipenuhi dengan pokok. Ruang atas gambar pula terdapat langit berwarna biru manakala ruang bawah pula terdapat jalan yang lurus. Maka, langit akan seimbang dengan jalan yang lurus di dalam gambar tersebut. Objek yang berada di ruang tengah juga menunjukkan keseimbangan antara ruang di atas dan bawah serta ruang di kiri dan kanan gambar.

 

 

 



 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Minuman

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas memperlihatkan unsur keseimbangan antara ruang kerana objek pada gambar tersebut berada di tengah-tengah ruang. Ruang di atas dan bawah seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Teknik ini dapat membantu menonjolkan objek yang ingin dipaparkan. Dengan cara ini, seseorang akan mengetahui bahawa mesej yang ingin disampaikan melalui gambar ini adalah tentang minuman tersebut. 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan BBM 3410 bagi tahun 2021.  1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA EL...