Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

 

Pra-Andaian       

 

1. Intuisi

2. Konteks

 

Penerimaan/

 Penafian

Keperluan

Perujukan

Anafora

Pengulangan

Kekaburan

Penegasan

 

 

Emosi

 

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi bercampur

 

Perangai

Personaliti

Mood

Motivasi

 

 

Nilai dan Budaya

 

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

 

Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

Keadilan, kebebasan, rasional

 

Bahasa

 

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

 

 

Inferens

 

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata

 

Rajah: (Pendekatan Analisis Wacana, Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

 

1. Pra-Andaian

 

Pra-andaian adalah tanggapan yang dilakukan sebelum memulakan sesuatu garis hujah atau tindakan. Terdapat 2 cabang analisis pra-andaian iaitu intuisi dan konteks. Intuisi adalah daya atau kebolehan memahami sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan mengikut gerak hati. Konteks pula akan dilihat dari segi idea yang digunakan dan cara penulisan sesebuah wacana.

 

2. Emosi

 

Emosi adalah apa-apa pengalaman sedar yang ditonjolkan oleh aktiviti mental yang sengit dan tahap keseronokan atau ketidakselesaan tertentu. Emosi juga merujuk kepada reaksi terhadap seseorang mahupun peristiwa serta dapat ditunjukkan ketika merasa senang, marah atau takut. Emosi dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur.

 

3. Nilai dan Budaya

 

Nilai dan budaya merupakan suatu ciri yang dianalisis dalam wacana. Terdapat tiga aspek yang akan dianalisis menerusi nilai dan budaya iaitu diri, masyarakat dan adat. Semua nilai yang dianalisis kebiasaannya telah wujud sejak dahulu dan diketahui oleh umum. Contohnya, nilai kasih sayang, keberanian, tanggungjawab, jujur dan sebagainya.

 

4. Bahasa

 

Bahasa merupakan alat yang digunakan dalam percakapan mahupun wacana. Bahasa yang digunakan dalam sesebuah wacana akan menentukan keilmiahan sesuatu wacana. Terdapat dua kategori bahasa iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Bhasa formal biasanya tersusun dengan tatabahasa yang betul manakala bahasa tidak formal pula lebih mudah difahami dan kelihatan ringkas.

 

5. Inferens

 

Inferens atau kesimpulan adalah aspek terakhir yang perlu ada dalam sesebuah wacana. Terdapat tiga jenis inferens iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Inferens ini sangat penting untuk menjadikan sesebuah wacana itu kelihatan lengkap dan sempurna. Inferens juga membantu supaya wacana dapat difahami dengan lebih jelas.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.







No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan BBM 3410 bagi tahun 2021.  1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA EL...