Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


Kisah ini bermula dengan kejadian bapa Alim yang membawa pulang banyak buah-buahan yang dibelinya di pasar tani pada hari itu. Bapa Alim tahu bahawa anak-anaknya menggemari buah-buahan, jadi dia membeli pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis dan banyak lagi. Setelah sampai di rumah, bapa Alim mengajak semua anak-anak serta isterinya untuk menikmati buah-buahan bersama. Kelihatan adik-beradik Alim teruja melihat buah-buahan yang dibawa bapa terutamanya Aisyah dan Madinah. Ibu Alim datang ke arah anaknya dengan membawa bakul sampah lalu memesan kepada mereka agar masukkan sisa buah-buahan atau sampah ke dalam tong sampah tersebut dan jangan buang merata-rata kerana risau rumah akan bersepah. Mereka semua mengangguk tanda faham. Kemudian, Alim meminta izin kepada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Hal ini kerana ibu dan bapa selalu berpesan bahawa berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibu kagum dan memuji Alim. Lantas ibu pun memasukkan sedikit buah-buahan yang hendak diberikan kepada Sulaiman ke dalam satu beg plastik berwarna Merah dan menghulurkannya kepada Alim. Alim mengambil plastik yang dihulur ibu dengan gembira dan berlari keluar menuju ke rumah Sulaiman. Kemudian, Alim memberikan buah itu kepada Sulaiman. Sulaiman berasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Setelah memberikan buah-buahan itu kepada Sulaiman, Alim pulang ke rumahnya dengan perasaan yang gembira sambil tersenyum. Alim tahu bahawa berkongsi itu baik. Alim juga sedar bahawa adik-beradiknya juga akan turut berkongsi barang atau makanan dengannya. Setelah selesai makan, Alim membantu keluarganya mengemas rumah. Selepas selesai mengemas rumah, Alim mengikat plastik sampah yang dipenuhi kulit buah-buahan itu dan membawanya ke tong sampah besar yang terletak di luar rumah. Di luar rumah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman. Mak cik Timah sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah kemudiannya menegur Alim dan mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan tersebut. Alim membalas dan mengatakan bahawa ibunya berpesan bahawa berkongsi itu satu perbuatan yang baik. Ibunya juga berpesan bahawa Sulaiman dan Mak Cik Timah adalah seorang jiran yang baik, Jadi kita mesti berbuat baik dengan jiran. Makcik Timah mendengarnya dengan wajah yang sedih. Alim hairan dan bertanya mengapa Mak Cik Timah kelihatan sedih. Mak Cik Timah membalas dengan berkata bahawa dia tidak sedihb tetapi gembira kerana Alim baik dengan anaknya Sulaiman sambil memandang ke arah Sulaiman yang sedang membasuh basikal kecil miliknya. Alimmengatakan bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman sambil melambaikan tangannya kepada Mak Cik Timah dan terus masuk ke rumah. Mak Cik Timah berdoa supaya keluarga Alim diberikan kesihatan dan kesejahteraan.










No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan BBM 3410 bagi tahun 2021.  1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA EL...