Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
POTRAIT
Potrait adalah gambar atau foto yang berfokus dalam jarak yang dekat. Potrait menjadi kegemaran ramai untuk menonjolkan wajah beremosi seseorang.
Berikut adalah draf bagi gambar potrait (bahagian muka)
FOTO 1
FOTO 3
Huraian: Potrait bahagian ini memfokuskan kepada raut wajah seseorang sahaja sehingga menampakkan segala perincian atau cela di muka. Teknik ini membuatkan gambar dapat dilihat dengan sangat jelas dan wajah tersebut mudah dikenali dan dicam.
Berikut adalah draf bagi potrait (separuh)
FOTO 1
FOTO 2
FOTO 3
Huraian: Gambar-gambar di atas memfokuskan kepada bahagian pinggang ke atas dan latar belakang foto masih kabur. Melalui gambar ini kita dapat lihat bahagian muka dan postur separuh tubuh seseorang ditonjolkan di dalam gambar.
Berikut adalah draf bagi gambar potrait (keseluruhan)
FOTO 1
Huraian: Potrait keseluruhan memfokuskan keseluruhan imej namun wajah masih dapat dilihat dengan jelas. Teknik ini membuatkan imej kelihatan lebih menonjol kerana latar belakang gambar masih kabur.
No comments:
Post a Comment