Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 Asas Grafik merupakan perkara yang paling penting dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Grafik meliputi imej yang berbentuk paparan. Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setiap elemen seharusnya ada dalam apa jua bahan yang berkaitan dengan grafik.

 

Elemen Asas Grafik

 

1. Mudah

 

Elemen mudah dapat dilihat apabila sesuatu gambaran atau imej itu dapat difahami dengan jelas dan terang dengan sekali pandang sahaja. Ini bermakna, seseorang itu akan terus memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi gambaran atau imej tersebut tanpa sebarang kekeliruan.

 

2. Warna

 

Warna ditakrifkan sebagai kombinasi warna yang terdapat dalam sesuatu gambaran atau imej. Grafik yang baik seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Namun begitu, lain pula dengan foto atau video yang sememangnya akan mempunyai lebih daripada tiga warna. Hal ini bergantung kepada mesej atau objektif yang ingin disampaikan.

 

3. Teks

 

Teks merujuk kepada aspek pemilihan jenis dan saiz font yang digunakan dalam sesuatu grafik. Kandungan dalam teks juga perlu diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Warna yang terdapat dalam font juga merupakan satu elemen yang penting supaya mesej dapat dilihat dengan jelas.

 

4. Kesesuaian

 

Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada grafik yang bersesuaian dengan latar. Gambar yang digunakan dalam sesuatu grafik mestilah bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video. Hal ini akan mempengaruhi kefahaman seseorang terhadap mesej yang ingin disampaikan.

 

5. Keseimbangan

 

Keseimbangan dalam grafik membawa maksud ruang kosong di kiri dan kanan serta atas dan bawah perlulah sama bagi menyeimbangkan sesuatu grafik. Aspek keseimbangan ini sangat penting kerana grafik yang seimbang akan dapat menyampaikan mesej dengan lebih mudah dan jelas.

 

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim(2019), Multimedia Dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan BBM 3410 bagi tahun 2021.  1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA EL...