Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

Celik Bahasa Isyarat (Prof Dr. Normaliza Abd Rahim)


Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka









Pengisian video ini adalah berkenaan dengan celik bahasa isyarat. Prof Normaliza menekankan bahawa pentingnya untuk seluruh rakyat Malaysia mempelajari bahasa isyarat. Kesedaran mempelajari bahasa isyarat ini perlu diterap bermula dengan diri sendiri dan seterusnya menyebarluaskan penggunaannya ke medium yang lain seperti bersama rakan-rakan, di tempat kerja mahupun di sekolah. Belajar bahasa isyarat ini sememangnya amat penting supaya kita mudah untuk berkomunikasi dengan individu kurang upaya dan faham apa yang ingin mereka sampaikan dengan jelas. Dalam video ini juga kita dapat melihat prof memberi cadangan supaya bahasa isyarat ini dijadikan sebagai subjek elektif wajib. Hal ini sekaligus akan memberikan peluang dan ruang kepada semua pelajar untuk mempelajari bahasa isyarat. 




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan BBM 3410 bagi tahun 2021.  1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA EL...