Mugshot
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Nota:
Mug Shot adalah satu teknik fotografi di mana jurugambar akan memfokuskan hanya kepada bahagian muka seseorang. Hal ini bertujuan untuk mempamerkan raut wajah seseorang secara terperinci supaya wajah itu lebih mudah dikenali. Contoh gambar yang menggunakan teknik Mug Shot adalah seperti gambar kad pengenalan, gambar pasport dan gambar lesen kenderaan.
GEMBIRA
Gambar di atas menunjukkan pelbagai reaksi gembira. Teknik Mugshot menjadikan reaksi wajah kelihatan jelas dan mudah dibaca. Susunan gambar di atas memperlihatkan pelbagai peringkat senyum bermula dari senyum simpul sehingga senyum lebar.
SEDIH
Gambar di atas mempamerkan elemen sedih dari gaya merajuk sehingga menangis. Ekspresi sedih biasanya ditunjukkan apabila seseorang berada dalam keadaan sayu atau meratapi sesuatu.
TAKUT
Gambar di atas menunjukkan ekspresi takut. Ekspresi takut biasanya ditunjukkan apabila seseorang berasa gementar atau berdepan dengan sesuatu hal yang menakutkan.
GERAM
Gambar di atas menunjukkan ekspresi geram. Ekspresi geram ditunjukkan apabila seseorang berasa obses dengan sesuatu yang comel ataupun sedang menahan marah.
MARAH
Gambar di atas menunjukkan ekspresi marah. Ekspresi marah ditonjolkan apabila seseorang itu berasa sakit hati atau marah dengan sesuatu hal. Ekpresi marah adalah satu ekpresi yang yang memang tidak boleh disorok.
TERKEJUT
Gambar di atas menunjukkan ekspresi terkejut. Ekspresi ini selalunya berlaku secara spontan apabila seseorang melihat atau mendengar sesuatu yang tidak dijangka.
KETAWA
Gambar di atas menunjukkan ekpresi ketawa. Ekspresi ketawa ditonjolkan apabila ada sesuatu yang menggelikan hati dan mendengar perkara yang melucukan.
No comments:
Post a Comment