Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 Asas Grafik merupakan perkara yang paling penting dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Grafik meliputi imej yang berbentuk paparan. Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setiap elemen seharusnya ada dalam apa jua bahan yang berkaitan dengan grafik.

 

Elemen Asas Grafik

 

1. Mudah

 

Elemen mudah dapat dilihat apabila sesuatu gambaran atau imej itu dapat difahami dengan jelas dan terang dengan sekali pandang sahaja. Ini bermakna, seseorang itu akan terus memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi gambaran atau imej tersebut tanpa sebarang kekeliruan.

 

2. Warna

 

Warna ditakrifkan sebagai kombinasi warna yang terdapat dalam sesuatu gambaran atau imej. Grafik yang baik seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Namun begitu, lain pula dengan foto atau video yang sememangnya akan mempunyai lebih daripada tiga warna. Hal ini bergantung kepada mesej atau objektif yang ingin disampaikan.

 

3. Teks

 

Teks merujuk kepada aspek pemilihan jenis dan saiz font yang digunakan dalam sesuatu grafik. Kandungan dalam teks juga perlu diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Warna yang terdapat dalam font juga merupakan satu elemen yang penting supaya mesej dapat dilihat dengan jelas.

 

4. Kesesuaian

 

Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada grafik yang bersesuaian dengan latar. Gambar yang digunakan dalam sesuatu grafik mestilah bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video. Hal ini akan mempengaruhi kefahaman seseorang terhadap mesej yang ingin disampaikan.

 

5. Keseimbangan

 

Keseimbangan dalam grafik membawa maksud ruang kosong di kiri dan kanan serta atas dan bawah perlulah sama bagi menyeimbangkan sesuatu grafik. Aspek keseimbangan ini sangat penting kerana grafik yang seimbang akan dapat menyampaikan mesej dengan lebih mudah dan jelas.

 

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim(2019), Multimedia Dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia




BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

 

Pra-Andaian       

 

1. Intuisi

2. Konteks

 

Penerimaan/

 Penafian

Keperluan

Perujukan

Anafora

Pengulangan

Kekaburan

Penegasan

 

 

Emosi

 

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi bercampur

 

Perangai

Personaliti

Mood

Motivasi

 

 

Nilai dan Budaya

 

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

 

Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

Keadilan, kebebasan, rasional

 

Bahasa

 

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

 

 

Inferens

 

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata

 

Rajah: (Pendekatan Analisis Wacana, Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

 

1. Pra-Andaian

 

Pra-andaian adalah tanggapan yang dilakukan sebelum memulakan sesuatu garis hujah atau tindakan. Terdapat 2 cabang analisis pra-andaian iaitu intuisi dan konteks. Intuisi adalah daya atau kebolehan memahami sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan mengikut gerak hati. Konteks pula akan dilihat dari segi idea yang digunakan dan cara penulisan sesebuah wacana.

 

2. Emosi

 

Emosi adalah apa-apa pengalaman sedar yang ditonjolkan oleh aktiviti mental yang sengit dan tahap keseronokan atau ketidakselesaan tertentu. Emosi juga merujuk kepada reaksi terhadap seseorang mahupun peristiwa serta dapat ditunjukkan ketika merasa senang, marah atau takut. Emosi dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur.

 

3. Nilai dan Budaya

 

Nilai dan budaya merupakan suatu ciri yang dianalisis dalam wacana. Terdapat tiga aspek yang akan dianalisis menerusi nilai dan budaya iaitu diri, masyarakat dan adat. Semua nilai yang dianalisis kebiasaannya telah wujud sejak dahulu dan diketahui oleh umum. Contohnya, nilai kasih sayang, keberanian, tanggungjawab, jujur dan sebagainya.

 

4. Bahasa

 

Bahasa merupakan alat yang digunakan dalam percakapan mahupun wacana. Bahasa yang digunakan dalam sesebuah wacana akan menentukan keilmiahan sesuatu wacana. Terdapat dua kategori bahasa iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Bhasa formal biasanya tersusun dengan tatabahasa yang betul manakala bahasa tidak formal pula lebih mudah difahami dan kelihatan ringkas.

 

5. Inferens

 

Inferens atau kesimpulan adalah aspek terakhir yang perlu ada dalam sesebuah wacana. Terdapat tiga jenis inferens iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Inferens ini sangat penting untuk menjadikan sesebuah wacana itu kelihatan lengkap dan sempurna. Inferens juga membantu supaya wacana dapat difahami dengan lebih jelas.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.







Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 AMALI 


 

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

 

 

Watak

Alim            Ibu                 Kak Madinah

Nenek           Bapa                Aisyah

Datuk           Abang Imran

 

Latar Tempat

 

1. Di dalam kereta

 

Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.

 

2. Rumah Nenek dan Datuk

 

Mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek

 

3. Reban

 

Alim yang sedang menangis di tepi reban.

 

4. Ruang Tamu

 

Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

 

5. Dapur

 

Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran.

 

Latar Masa

 

30 minit perjalanan.

 

Latar Masyarakat

 

Masyarakat yang tinggal di kampung dan memelihara itik dan ayam.

 

Emosi Positif

 

Teruja, gembira, mengambil berat

 

Emosi Negatif

 

Keliru, sedih, marah


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus.






 

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Hai Semua! Ini merupakan kali pertama saya menulis blog. Jadi, izinkan saya memperkenalkan diri dahulu ya? Bak kata orang 'tak kenal maka tak cinta' 👀


Nama diberi Nur Shah Hazuani Bt Dazak. Pada tanggal 2 Julai 1999, jam 6.58 minit petang saya dilahirkan di Hospital Besar Mentakab, Pahang. Saya mempunyai seorang kembar lelaki tetapi mukanya tidak seiras dengan saya. Mungkin kerana dia seorang lelaki. Jika sama persis seperti saya, dia jadi perempuan pulak kan 😝. Saya dibesarkan di Negeri Sembilan dan mempunyai 5 adik beradik termasuk saya iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki. Hobi saya adalah menonton drama. mungkin sebab itu saya suka berangan kot.

Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru kerana saya suka bercakap. Tetapi, saya sering berasa gemuruh untuk bercakap di depan khalayak. Macam mana tu ya? 😂 Tapi takpe, saya percaya semua itu boleh dibaiki. aaagituuu! Dipendekkan cerita, sekarang saya merupakan seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memegang kad matrik bernombor 203967 dan mengambil jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Salam perkenalan dari saya dan jangan lupa doakan cita-cita saya tercapai ya? Terima Kasih 😉





SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan BBM 3410 bagi tahun 2021.  1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA EL...