Friday, April 30, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-TWITTER

 Eh Eh, ada satu lagi platform yang kami perlu pakai untuk post berkaitan ketenangan ni tau. Inilah dia twitter yang selalunya krik krik je 😂


GAMBAR (A)



(Gambar ini merupakan post pertama yang bertarikh 22 April)

Bukti Retweet:

P/S: semua rakan-rakan saya sangat supportive ❤






GAMBAR (B)




(Ini adalah post kedua yang bertarikh 28 April)


Bukti Retweet:












BBM3410-2021-MINGGU 5-INSTAGRAM

Hai Hai Hai! Macam ada bau bau ketenangan sikit. Mesti korang pelik kan apa yang aku cuba nak sampaikan ni? HAHAHA 😁 Jadi, sebenarnya minggu ni kami diminta untuk post 2 gambar yang menggambarkan ketenangan di dalam laman instagram. Kapsyen pun mesti berkaitan tau. Taraa ini lah hasilnya!!


GAMBAR (A)



(Gambar post pertama bertarikh 22 April)


Komen rakan-rakan sekelas: 

P/S: Mereka semua sporting tau 👍






GAMBAR (B)


(Gambar post kedua bertarikh 28 April)


Komen rakan-rakan kelas:








BBM3410-2021-MINGGU 5- ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Link Youtube: https://youtu.be/zac0RdbgtSc 


Hello gais! Nak tahu apa yang menarik minggu ni? kami diminta untuk mengambil gambar menggunakan teknik flatlay. Flatlay ni ada 4 jenis tau. Huraiannya aku ada letak di bawah video ini. Selamat menonton 👀


Nota:

(1) Flatlay- gambar atau foto yang diambil dari sudut 90 darjah daripada item atau diambil dari atas.
(2) Half Flatlay- gambar atau foto yang diambil dari sudut 45 darjah daripada item dan dilihat seolah-olah diambil dari atas.
(3) Quarter Flatlay- kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada item.
(4) Zero Flatlay- kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai atau sesuatu permukaan.





Sunday, April 25, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA FLATLAY

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia












BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.




Fairclough (1995) menitikberatkan teori analisis wacana kritis (gambar di atas) dalam menganalisis data. Analisis wacana kritis oleh Fairclough (1995) terbahagi kepada tiga elem iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial. Analisis tekstual dianalisis dari aspek tatabahasa yang berfokuskan kepada tema, leksikal yang juga berfokus kepada metafora dan kohesi iaitu mengenai pengulangan dan konjunsi. Analisis wacana praktis pula dianalisis melalui intertektualiti seperti pra-andaian, metawacana dan penafian manakala interdiskusi dianalisis melalui naratif, perbahasan, ekspositori dan luahan. Elemen ketiga iaitu analisis praktis sosial dianalisis melalui aspek ekonomi, pendidikan dan politik.






BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1977)

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.




Vandijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (rajah di atas). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur Makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangakan tentang kerangka sesuatu teks manakala struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati.







Thursday, April 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

 

Dilema Pengembara: Dr. Siti Nur Aliaa Roslan\

https://youtu.be/bQCPNh8Es1o

Kredit: Dewan Bahasa Pustaka


Di dalam rancangan perbualan kali ini, Dr Siti Nur Aliaa Roslan telah berkongsi pengalamannya yang sudah pergi mengembara pada usia yang sangat muda. Beliau juga berkongsi bahawa mengembara itu bukan bermakna pergi ke luar negara sahaja, malahan di dalam negara juga dikira sebagai mengembara. Dengan mengembara juga, kita dapat merasai pengalaman baharu dan mempelajari budaya masyarakat di kawasan tersebut.





Sunday, April 18, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-POTRAIT

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


POTRAIT

Potrait adalah gambar atau foto yang berfokus dalam jarak yang dekat. Potrait menjadi kegemaran ramai untuk menonjolkan wajah beremosi seseorang.



Berikut adalah draf bagi gambar potrait (bahagian muka)



FOTO 1



FOTO 2



FOTO 3



Huraian: Potrait bahagian ini memfokuskan kepada raut wajah seseorang sahaja sehingga menampakkan segala perincian atau cela di muka. Teknik ini membuatkan gambar dapat dilihat dengan sangat jelas dan wajah tersebut mudah dikenali dan dicam.





Berikut adalah draf bagi potrait (separuh)


FOTO 1



FOTO 2



FOTO 3



Huraian: Gambar-gambar di atas memfokuskan kepada bahagian pinggang ke atas dan latar belakang foto masih kabur. Melalui gambar ini kita dapat lihat bahagian muka dan postur separuh tubuh seseorang ditonjolkan di dalam gambar. 






Berikut adalah draf bagi gambar potrait (keseluruhan)


FOTO 1



FOTO 2



FOTO 3



Huraian: Potrait keseluruhan memfokuskan keseluruhan imej namun wajah masih dapat dilihat dengan jelas. Teknik ini membuatkan imej kelihatan lebih menonjol kerana latar belakang gambar masih kabur. 















BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-KABUR

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


KABUR

Kabur merupakan foto atau gambar yang mempunyai latar belakang yang kabur. Objek yang berada di belakang masih kelihatan tetapi dilihat sebagai kabur.



Berikut merupakan draf yang dibuat sebelum sesi fotografi dijalankan.




FOTO 1



FOTO 2


Gambar di atas menunjukkan gambar bunga yang difokuskan kepada bunganya sahaja (gambar 1) dan gambar bunga yang difokuskan kepada daunnya sahaja (gambar 2). Latar belakang yang tidak difokuskan masih kelihatan tetapi dalam keadaan kabur.




FOTO 1



FOTO 2


Gambar di atas menunjukkan foto difokuskan kepada bahagian muka haiwan tersebut (gambar 1) dan bahagian perincian badan haiwan itu (gambar 2). Teknik ini sangat menarik kerana kita dapat melihat imej dengan jelas.











BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-SILUET

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Mutimedia dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia 


SILUET

Siluet merupakan gambar atau foto berbentuk gelap dan garis besar seseorang atau sesuatu kelihatan dalam cahaya yang terhad terhadap latar belakang yang lebih cerah.



Berikut adalah draf yang dibuat sebelum sesi fotografi dijalankan.


FOTO 1



FOTO 2


Kedua-dua gambar di atas adalah menggunakan teknik siluet di mana objek dalam gambar akan kelihatan gelap dan hanya akan kelihatan postur tubuh sahaja.


FOTO 1



FOTO 2


Berikut adalah gambar siluet tumbuh-tumbuhan. Hanya bentuk pokok sahaja yang boleh dilihat dengan jelas. Imej burung berterbangan dalam gambar kedua menjadikan foto tersebut lebih menarik.








BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-BIRD EYE VIEW

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


BIRD'S EYE VIEW

Bird's eye view adalah pemandangan dari sudut tinggi seolah-olah dilihat dari sudut mata burung yang sedang terbang.



Berikut adalah draf yang dibuat bagi gambar yang diambil.


FOTO 1


Berikut adalah pemandangan laut di Bukit Batu Putih, Port Dickson yang diambil dari sudut atas puncak laluan yang digunakan oleh para pendaki.


FOTO 2


Gambar di atas menunjukkan pemandangan kawasan perumahan yang diambil dari puncak bukit yang berhampiran.


FOTO 3


Gambar di atas menunjukkan pemandangan dari sebuah restoran tingkat atas. Kelihatan kolam yang telah dikeringkan airnya berikutan pandemik yang berlaku.








SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan BBM 3410 bagi tahun 2021.  1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA EL...